AYAM GEPREK LALAPAN APA BEZANYA DENGAN AYAM GEPREK LAIN?

Assalamualaikum guyss, kalau awak suka makanan pedas, mesti selalu makan ayam geprek, atau ayam gepuk , AYAM GEPREK adalah resepi ayam goreng pedas giller yang terkenal di indonesia yang dicampurkan dan diketuk dengan sambal geprek yang pedas.

Apa beza Ayam Gorengnya?

Kebanyakkan resepi ayam geprek atau ayam gepuk di Malaysia , ayam gorengnya macam ayam KFC ,CRISPY , ayamnya digoreng selepas dicelupkan di dalam adunan tepung dan adunan telur . Tapi di Sambal Lalapan, mereka ayamnya diperap macam AYAM PENYET atau AYAM KREMES, 3-4 jam, lepas tu goreng tanpa mencelup dgn adunan tepung, maka rasanya lain sikit , ayamnya masih boleh rasa penuh bumbu-bumbunya , lagi wangi dan enak ~

Apa beza Sambal Gepreknya dgn lain?

Biasanya sambal geprek lain guna cili merah dan cili  hijau , Sambal Gepreknya dibuat daripada 100% Cili Api Merah dan Bawang Putih je , maka warnanya lebih merah , semasa hidang keluar memang menyelerakan ,tak da goreng dgn minyak banyak macam sambal lain, sambal geprek adalah sambal mentah yang baru disediakan semasa pelanggan order di kaunter , maka sambal yang FRESH dan sihat juga.

Jika korang tak dapat datang ke klang semasa PKPB ( CMCO ) ni, boleh beli je sambal serbaguna mereka, dlm 3-5 hari boleh sampai tempat korang di seluruh Malaysia . Cuba buat ayam geprek sendiri di rumah, beli rm1 ayam goreng atau ayam goreng KFC, MCDONALD yang famous kat luar , campur dgn sambal serbaguna/ sambal geprek mereka, cukup pedas ,syiok~~~~

https://samballalapan.com/product-category/sambal-botol/

https://samballalapan.com/product-category/sambal-botol/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Share This

Copy Link to Clipboard

Copy