PKP – HIKMAH DI SEBALIK UJIAN.
Tarikh keramat 8 Mac 2020 restoran mula dibuka, alhamdulillah. Tanpa dijangka, selepas sepuluh hari, ujian melanda negara dengan kedatangan wabak pandemic Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan berkuat-kuasa pada 18 Mac 2020, iaitu hari kesepuluh restoran beroperasi. Maka bermulalah cabaran yang kami tempuh.
Sungguh! Kami amat terkesan dengan fenomena baru ini. Sebagai manusia biasa, pasti kami merasa sangat sedih. Tiba-tiba pelanggan tidak dibenarkan makan di dalam restoran. Allahuu. Buntu, mengenangkan kos overhed yang perlu kami tanggung setiap bulan. Sementelah wang tabungan semakin menyusut dan telah digunakan sebagai modal perniagaan.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. Kami yakin, ujian ini adalah yang terbaik. Sepanjang PKP, kami kumpul segala kekuatan rohani dan jasmani. Kami sebarkan iklan di Facebook dengan lebih kerap. Buat promosi demi promosi. Kami perkenalkan menu baru dengan kos bajet, mampu makan. Kami juga menyediakan perkhimatan penghantaran.
Masya-Allah! Tempoh PKP mengajar kami jadi kuat, tabah dan sabar. Kami bermuhasabah dan meneliti segala kekurangan. Banyak perkara yang kami belajar. Kami menambah baik masakan, agar menjadi lebih sedap. Perkhidmatan pelanggan juga menjadi lebih baik. Alhamdulillah.
Kini, walaupun tempoh PKP masih berlanjutan, namun masa-masa sukar dapat kami atasi dan tangani dengan tenang. Kami masih dalam proses belajar dan akan cuba perbaiki segala kekurangan, insya-Allah.
Allah Ya Sabur, mahu kami belajar sabar.
Allah Ya Qawiy, mahu kami jadi lebih tabah.
Allah mahu menguji kami kerana Dia tahu, kami mampu!
Kerana Allah Maha Mengetahui, ini yang terbaik buat kami.
Masya-Allah! Atas permintaan ramai, kini kami telah menghasilkan 4 jenis produk sambal.
~ SAMBAL PENYET
~ SAMBAL HIJAU
~ SAMBAL SERBAGUNA
~ SAMBAL KICAP
Kami juga menyediakan khidmat pengeposan di seluruh Malaysia.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, pasti Dia akan memberikan rezeki kepada kamu seperti mana Dia memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Leave a Reply