Nasi Pecel
Rasanya Di Kampung
Restoran yg berkonsepkan Jawa Indonesia ini adalah dimiliki oleh Muslim , jadi dijamin Halal. Produk-produk pembekal yg kita pilih pasti Halal , lagi tukang masak hanya boleh Muslim, kebersihan setiap ruang dan peralatan di restoran sentiasa diutamakan dan barangan yg tidak Halal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran kita.
Selamat datang ke Sambal Lalapan, Pelanggan-pelanggan yg terhormat , tujuan kami membuka restoran ni bukan sahaja pelanggan Muslim, tetapi sesiapa saja!
Resepi kita semua asli dari Madiun, Jawa Timur, Indonesia. Sesiapa yang suka masakan asli jawa , mesti suka hidangan signature kami , Nasi Pecel, Bebek Goreng Lalapan, Dendeng Lalapan dan Gulai Kambing. Selain tu, juga ada lebih daripada 30 masakan jawa yang enak sedia dihidangkan di dalam restoran kita.
Bagi orang yang menggemari kopi tradisional, nasi lemak, laksa dan masakan Cina Muslim, ini lah tempat terbaik bagi anda.
Sahabat-sahabat semua, kongsilah menu kita dengan orang yang anda sayang. Jom santai di Sambal Lalapan.
Order Nasi Tumpeng Khas untuk 8-10 orang makan ! Jika ada Gathering , Party, Celebration, jangan lupa singgah Sambal Lalapan
Sebagai manusia, kita mengenali banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri kita, kita berjanji akan memperbaiki servis dari masa ke semasa. Kita juga ambil cakna segala cadangan dan teguran dari setiap pelanggan. Kita yakin, setiap ujian dari Allah adalah yang terbaik bagi kita. Alhamdulillah, perkhidmatan dan masakan kita juga menjadi lebih baik selepas menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan. SubhanAllah , tujuan kita buka restoran ni yang mencari rezeki halal dan redha Allah swt , maka kualiti dan kepastian dari segi aspek Kehalalan itu terjamin, maka kunjungilah restoran kita supaya anda boleh menikmati makanan tanpa ragu-ragu.
Restoran kita dibuka pada 8th March 2020. Selepas 10 hari berniaga, tiba-tiba, Malaysia lock down , kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (SOP PKP) . Ya Allah, sedihnya kita sudah guna habis saving kita untuk buka restoran , imbas balik, hari tu memang sukar bagi kita.
Sambal Lalapan , Makan Tak Bosan
100% guna fresh cili dan bumbu asli
Citarasa Indonesia dan Malaysia